Mengenai PI

Kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menubuhkan Pusat Internet (PI) untuk menyediakan pusat capaian jalur lebar secara kolektif di kawasan yang kurang liputan perkhidmatan melalui Program Perkhidmatan Sejagat (USP).

PI yang dahulu dikenali dengan nama Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK) mempunyai peralatan IT dan komputer individu yang bersambung dengan capaian jalur lebar internet, membolehkan komuniti luar bandar menikmati kebaikan internet seperti yang dirasai oleh komuniti di bandar.

Untuk memastikan komuniti luar bandar meningkatkan taraf sosial dan ekonomi, mendapat kebaikan daripada peralatan IT dan penyambungan internet, setiap PI menyediakan latihan dan perisian komputer.

Melalui penubuhan PI, diharapkan ia akan menyumbang kearah kejayaan insiatif negara untuk merapatkan jurang digital antara komuniti luar bandar dan bandar, selaras dengan objektif yang digariskan di dalam pelaksanaan Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI).

Objektif PI



Sejarah

Pada Tahun 1924, sekumpulan peneroka dari Tanah Jawa yang diketuai oleh Haji Ghaffar Bin Mustaffa bersama beberapa orang rakan-rakannya telah mendarat di pengkalan Sungai Tanjung Sembrong.

Dengan secara tidak sengaja, kampung tersebut dinamakan 'Kampung Haji Ghaffar' dan ianya dikenali sehingga kini.



Berita & Aktiviti Terkini

TAHUN 2015 | TAHUN 2016 | TAHUN 2017 | TAHUN 2018


PROGRAM KLIK DENGAN BIJAK BERSAMA PI1M-PI1M JOHOR DI SEKOLAH KEBANGSAAN AYER HITAM, JOHOR

Aktiviti Terkini | 09 November 2016

Program ini bertujuan untuk mengeratkan hubungan antara pekerja Pusat Internet 1Malaysia dengan para pelajar dan guru-guru. Program ini juga bertujuan untuk mendedahkan kepada pelajar dan guru tentang ciri-ciri keselamatan penggunaan internet dan media sosial...baca selanjutnya

Bengkel Skrip Ke Skrin Wilayah Selatan, MMU, Nusajaya

Aktiviti | 25 & 26 Oktober 2016

Bengkel Skrip ke Skrin 2016 merupakan program khusus untuk melatih pengurus dan penolong pengurus PI1M di seluruh Negara mengenai teknik membangunkan video yang berkualiti bagi tujuan promosi PI1M & produk usahawan tempatan. Selain itu, ilmu yang diperoleh dari program ini diharap akan membantu PI1M menyediakan video yang berkualiti sejajar dengan Projek PI1M Kluster dan pertandingan-pertandingan video anjuran pihak MCMC...baca selanjutnya

Pertandingan Poster Kreatif Dakwah Digital Klik Dengan Bijak 2016

Berita Terkini

Untuk makluman, MCMC melalui Bahagian Advokasi dan Jangkauan dengan kerjasama JAKIM telah menganjurkan ‘Program Pertandingan Poster Kreatif Dakwah Digital Klik Dengan Bijak’ bertujuan mewujudkan penglibatan aktif dari masyarakat dalam menyelami mesej-mesej utama advokasi khususnya penggunaan internet secara positif dari sudut pandangan Islam.baca selanjutnya

HARI PERASMIAN PI1M KG HJ GHAFFAR

Aktiviti Terkini | 27 Ogos 2016

Pusat Internet 1 Malaysia (PI1M) Kampung Haji Ghaffar dirasmikan oleh YB Dato Hj Samsolbari Bin Jamali yang merupakan ADUN Semarang. Semasa hari perasmian ini berlangsung pelbagai aktiviti dijalankan untuk menarik minat dan mengajak penduduk setempat datang ke PI1M...baca selanjutnya

PERTANDINGAN MENAIP DAN KELAS MENAIP

Aktiviti Terkini | 16 April 2016

Program Pertandingan Menaip & Kelas Menaip ini telah diadakan di Pusat Internet 1Malaysia Kampung Haji Ghaffar...baca selanjutnya

CLASS ICT

Aktiviti Terkini | 16 April 2016

Kelas ICT ini telah diadakan di Pusat Internet 1Malaysia Kampung Haji Ghaffar...baca selanjutnya

GOTONG-ROYONG MEMBERSIHKAN KAWASAN PUSAT INTERNET

Aktiviti Terkini | 26 Mac 2016

Program Gotong-royong Membersihkan Kawasan pusat Internet ini diadakan di Pusat Internet 1Malaysia Kampung Haji Ghaffar...baca selanjutnya

PROGRAM MENDAKI BUKIT SOGA PERDANA

Aktiviti Terkini | 20 Februari 2016

Program Mendaki Bukit Soga Perdana diadakan di Hutan Lipur Soga Perdana...baca selanjutnya

CLASS TUTORIAL CARA PEMAKAIAN SHAWL DAN BAWAL ADIJUMA

Aktiviti Terkini | 30 Januari 2016

Program diadakan di Pusat Internet 1Malaysia Kampung Haji Ghaffar...baca selanjutnya

KELAS CELIK IT : TUTORIAL EMAIL DAN FACEBOOK

Aktiviti Terkini | 15 Januari 2016

Kelas diadakan di Pusat Internet 1Malaysia Kampung Haji Ghaffar...baca selanjutnya

lagi berita & aktiviti